Grab - Cara untuk membuat tuntutan pembayaran ganti rugi caj pembersihan/pembaikan?(BOLEH BUAT TUNTUTAN DENGAN GRAB)
Apa boleh dibuat kalau Penumpang Grab mengotorkan kereta anda? 1. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan pembayaran ganti rugi caj pembersihan/ pembaikan? Sebarang kerosakan kecil yang dikenakan ke atas kereta anda boleh dituntut sehingga RM150 . Bukti (dalam bentuk gambar) perlu diserahkan dengan laporan anda untuk membuat sebarang tuntutan. Senarai kerosakan kecil termasuk: Muntah Tumpahan makanan atau minuman Lekukan atau calar (dalam atau luar kereta) Tempat duduk yang dikotorkan oleh penumpang *Sila ambil perhatian, pampasan ini tertakluk kepada semakan kami kerana setiap situasi adalah berbeza antara satu sama lain. ** Semua tuntutan mesti dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian. Bagaimanakah saya boleh membuat tuntutan dalam aplikasi pemandu Grab: Tekan ‘Bantuan’ dalam aplikasi anda Tekan ‘Pusat Bantuan’ Tekan ‘Report a past trip issue’ Tekan ‘Feedback about my passenger’ Tekan ‘My passenger made a mess or damaged my car’ Pilih trip yang berkaitan Tekan di si...